Assalammualaikumwarahmatullah, apa khabar anda semua? Sihat? Makin gemuk? Makin cantik? Makin comel? Makin tua? Makin makin? Alhamdulilah atas apa pun kondisi anda semua sekarang :) esok dah 29hb. Cepat kan masa ni? Sebenarnya bukannya masa yang cepat, kita ni je hah selalu habiskan masa buat benda tahape-hape cewah haha. To be honest, saya cuak jugak lah nak ambil result bulan 3 ni. Mohon jangan tanya berapa saya dapat ye, mudah-mudahan result saya gempak macam abang saya lah aminyarabbalamin.
Saya nak bagi ucapan sikit, terima kasih yang tak terhingga kepada Pyka Rahmat kerana sudi bersama saya minggu lepas hehehe. Pyka ni kecil orangnya, cantik orangnya, manis orangnya, brutal jiwanya gua cakap lu. Tapi apa-apa pun saya dengan jayanya telah menjadi seorang kakak kerana faktor ketinggian yang ketara, mekaseyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!! Huhuhuhu sayang Pyka :')
Ok baiklah, mari bersama saya ke segmen yang seterusnya! Macam mana nak jadi cantik? Macam mana ya? Apa tips-tips terbaik daripada saya? Ehem *betulkan tudung*, saya tiada tips cantik. Aipp aipp jangan kecewa dulu! Tapi saya akan kongsi sesuatu yang agak bermakna hehehe.Cantik tu umum. Bagi saya semua orang cantik, TAPI cantik tu ada banyak. Bagi saya orang berisi tu cantik, orang yang tidak terlalu kurus tu cantik, orang yang pandai tu cantik, orang yang senyum tu cantik, orang yang pakai baju lawa-lawa tu cantik, orang yang itu ini blablablablabla tu cantik. Masing-masing ada pandangan yang berbeza kan? Sama dengan saya. MASALAHNYA APA PERMAINAN SAYA SEKARANG?
Dan saya sangatlah suka perasan cantik bila saya sorang-sorang haha bye. Eyeliner dan bedak kompak menjadi pilihan saya. Tanpa eyeliner saya tampak pucat.. huhuhuhuhuhu. Perasan cantik adalah suatu kekuatan untuk meyakinkan diri yang kita ni cantik. Tapi kekadang kalau perasan melebih-lebih tu memang mintak tapak gajah lah kan. Jerawat adalah perkara biasa, saya pun ada. Kadang tangan ni memang tak boleh duduk diam, rajin je nak sapu sampah-sampah jerawat kat muka ni pastu besoknya menyesal sebab bertanda T.T siapa ada tips untuk buang parut jerawat?! :D
Wangi tu cantik. Bersih tu cantik. Dua benda ni memang kena ada kat semua orang. Muka dah comel dah but tetiba mak aih ketiak engko bau pahit!!!!!! Apakah ini semua? Apakah kepahitan yang daku terima ni?! Aduh, hancur kecantikanmu. Bagi mereka yang bertudung, pastikan tudung tu bersih, wangi dan bebas daripada sebarang kerosakan. I mean yelah bayangkan lah masa tu tengah makan mee kari pastu masa tengah slurrrrppppppppp slurrrpppppppp tu tetiba terslurrrpppp sampai kena tudung. Bukan sikit tapi banyak. Tulah khusyuk sangat makan sampai tudung jadi mangsa. Kalau saya, saya sanggup gi tukar tudung baru sebab yeah saya tak suka orang pandang saya dengan pandangan 'comot'. Saya, segan. Bagi mereka yang tidak bertudung pulak, sila lah jaga rambut daripada sebarang bau yang kurang senang ok? Baru lah cantik en en en en hehe.
Apa-apa pun, janganlah rasa insecure bila nampak orang yang lebih cantik daripada kita. Kekadang perasaan tu lahir tanpa kita 'mengandungkan' hahaha pejadah ayatku -_- lek ah, saya pun kekadang ada gak rasa camtu tapi cepat-cepat saya tepis dengan tangan. Fuhhhhhhhh nasib baik sempat tepis *lap peluh kat dahi*. Semua orang cantik. Allah jadikan makhluknya cantik-cantik. Tapi, kena ingatlah kalau kita cantik tapi perangai tak cantik nak buat apa kan? So, kena jaga jugak peribadi kita ni barulah orang hormat kita, tau? :)
Sekian saja daripada saya, pemilik Bangla Merah Jambu; Yasmin Redzuan.
P/s; Kalau orang cakap camni: Ko hengat ko santekkkkkkkk???!!
Balas camnik: Ko hengat ko santekkkkkkkkkk??!
Ha bersantek santek ah korang sampai esok. Terima kasih.
i love u forever lah kak meen <3
ReplyDeletesemua org cantek . kan kan :)))
ReplyDeletebagus bila kita rasa kita cantik. atleast apa apa kerja kita buat kita rasa yakin. tp saya lelaki, saya rasa handsome, haha :D
ReplyDeletesantekkk santekkkk :P
ReplyDeleteWoah , best best . lepas ni boleh ajdi cantik macam kak min xD
ReplyDeletehaha kelakar gila meen, cantik pun cantik gak, but aurat kena jaga juga ;)
ReplyDeletecantik itu sybjektif (:
ReplyDeletepart yang beligulagula getah kunyah sendiri tu comel . haha .
Hee, Meen saya suka bace blog awak aaaaa :D
ReplyDeletethat's so true syg. akak setuju ^^ semuee orangg cantekkk.
ReplyDelete'Perasan cantik adalah suatu kekuatan untuk meyakinkan diri yang kite ni cantik'
ReplyDeletehaha, suke ayat ni.
awak awak, blog awak comel la. nak number. nk minta awak tlg ajar buat head mcm tu. :')
ReplyDeleteyasmin sangatlah cantik. haha, sy pun suka perasan bila saya sorang2!
ReplyDeletesorry to say...but you ni nmpak cam poyo je...no offense...
ReplyDeletehahaha. tips yg bgs! cayaaa laaa . hehe :D
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletebanyak ambil wudhuk untuk cantik
KLIK: dilema pembantu rumah cantik
suka saya baca ni post :) ya, tida perlu mekap tebal2..nanti tambah rumit muka jadinya. hehe
ReplyDeleteFor me, apa yang Allah anugerahkan pada saya. Saya terima semuanya. Memang insecure tu ada lah sikit. But, bila fikir balik. Nak insecure lama-lama pun tak elok. Macam kita tak bersyukur, padahal Allah dah bagi lebih dan yang kurang tu mesti ada sebab kenapa & mengapa. Kan? :)
ReplyDeleteSuka-3 n_n
ReplyDeleteHello~ please visit our handmade soap store~ 감사합니다~^^*
ReplyDelete