Thursday, May 17, 2012

Ting Ting Ting Ting!! Tutorial turorial!! Huhu.



Assalammualaikum, ye haritu saya dah bagitahu pasal tutorial ni but still ada jugak yang tanya. So dengan ini, saya dengan berbesar hati membantu mereka-mereka yang ingin mencuba untuk gayakan pashmina seperti saya ha ha ha ha seperti saya itu macam agak keterlaluan -,- *tepuk pipi sendiri*

Selamat mencuba, kalau ada apa-apa yg tak faham. Sila lah tanya. Malu bertanya, awak rugi. Salam xx.

Wednesday, May 16, 2012

Dear Oppa.





Mekasih mekasih hihihihihihihihihi.

Tuesday, May 08, 2012

Bila rasaku ini cuma rasaku, so?


Assalammualaikum.






Keputusan matrik, tingkatan 6 dan UPU dah keluar. Matrik dengan tingkatan 6 aku tepuk ke tepi dulu awal-awal dahulu kala. So, aku macam mengharap gile dapat UiTM... serious! Tapi, macam aku cakap bila rasaku ini cuma rasaku.. aku yeah kecewa jugak. Bukan kecewa jugak, kecewa sangat. Kecewa sangat tu takdelah sampai rasa nak tampar muka sendiri ke, gigit bahu orang ke. No. Kecewa macam yelah kawan-kawan aku dapat je sana sini tawaran sana tawaran sini interview sana interview sini. Aku? Aku still usaha lagi dengan buat rayuan untuk ke UiTM. InsyAllah dapat, insyAllah ya Allah.



Hari ni hari selasa, selasa aku cuti. Tiada di butik. Tidak memerah keringat di butik ecehwah. Minggu depan aku dan keluarga akan berangkat ke tanah suci, semoga dipermudahkan segalanya ya Allah. Aku teruja nak ke sana sebab kali terakhir aku pijakkan kaki ke tanah suci pun masa umur aku 9 tahun. SubhanAllah, lamanya..

Hm btw congrats lah buat kawan-kawan yang dah mula nak masuk belajar balik. Belajar sungguh-sungguh! Aku dengki sebenarnya dengan korang :( bukan dengki benda jahat, rasa dengki sebab rezeki korang sangat murah. Doakan rezeki aku murah seperti korang juga, amin. Salam.


p/s: Jadilah kakak ipar saya. Maceh Safiyy :*